![]() |
sedekah???tibe2 je rase nak tulis pasal ni...... sedekah tu ape eh?? MEMBERI SESUATU YANG BERNILAI KEPADA ORANG YANG MEMERLUKANNYA. Kite boleh sedekah dengan macam2 care,,,,contohnye, tolong angkat barang, bagi nasihat, damaikan 2 pihak yg tengah begaduh n mcm2 lagi la....Senyum pon sedekah ape..Senyum la yg pling mudah kalau kite nak besedekah......so,,senyum la slalu eh......hehe.... |
![]() |
SENYUM......TAK PERLU KATA APA-APA......:) |
![]() |
ecece....kan comel tu kalo cenyum...... |
tp yg sy nk celoteh ni pasal sedekah melalui harta kite macam duit n barang atau dalam bahase org putihnye, MONEY AND GOODS.....
"kalau asyik sedekah je,miskin la saya"
betol ke pandangan kat atas ni????
Hurm,,,,,mungkin ade yang rasa kalau kite asyik nak bagi orang sesuatu,rugi la....sekali sekala sudah....
Sebenarnye,kalau kite sedekah pada orang lain,Allah akan pulangkan balik 10 kali ganda daripada apa yang kite sedekahkan pada orang lain tu.Rezeki Allah amatlah luas dan tidak terkira......Cume kita tak tau bile Allah nak bagi semua tu kat kite...So,mmg salah la kalau dengan bersedekah, harta kite jadi kurang.....AND most importantly, kite kene IKHLAS DALAM BERSEDEKAH......erm,,.xbanyak pon yg mira dapat kongsi ngan korang,,tapi mira hope,info ni begune tok sume.....:)
Sebagai perkongsian,,,jom kite bace hadith kat bawah ni.....
Hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.
Huraian Hadith:
Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Agar sedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ˜sedekah' iaitu :
1. Sedekahlah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Firman Allah yang maksudnya : Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji. (al-Baqarah: 267)
2. Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.
3. Sunat bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira samada sedikit atau banyak sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. (Ali-Imran:92)
4. Bersedekah dengan disertai keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.
5. Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.
![]() |
JOM SEDEKAH |
Mira nak ingatkan diri mira terutamanya n korang semua supaya hidup kite lebih diberkati-Nya...amin.....
Entri ni sekadar untuk share dengan korang semua....ade lagu ckit...yg pnting,,bkan mira nyanyi...hahaa.... |
No comments:
Post a Comment